Sunday, March 16, 2008

Mat Zan puji kelibat mantap Reeshafiq

Photobucket
gambar ehsan: Studio PLUS, Plus Expressways Berhad

NAMA Reshafiq Alwi mungkin belum begitu dikenali peminat bola sepak tempatan namun, jurulatih KL Plus FC Mat Zan Mat Aris menyifatkan pemain tengah itu sebagai tonggak utama pasukannya musim ini. Walaupun penyerang import Alex Agbo muncul wira dengan jaringan hatrik untuk membantu KL Plus FC menewaskan Tentera 4-1 dalam aksi Liga Perdana kelmarin, Mat Zan merasakan Reshafiq adalah penyumbang utama kejayaan itu. “Kami adalah pasukan yang tidak mempunyai pemain bintang, tetapi saya harus akui Reshafiq adalah antara pemain tempatan yang menonjol dalam skuad kami musim ini.
“Kelebihan Reshafiq ialah dia mampu memenangi penguasaan bola di bahagian tengah dan mampu melakukan hantaran cantik daripada bahagian tengah,” kata Mat Zan. Bekas jurulatih Kuala Lumpur itu juga mengakui, Reshafiq mempunyai corak permainan yang mirip sepertinya dulu, dengan tugas utama ialah membantu benteng mematikan gerakan bahagian lawan. “Saya tidak nafikan dia mempunyai corak permainan mirip seperti saya dulu, dia mungkin kurang dikenali kerana bukan pemain tengah menyerang yang mampu menjaringkan gol, tetapi dia adalah pemain tengah bertahan yang memainkan peranan penting buat kami musim ini.

“Saya berharap Reshafiq mampu memikat hati jurulatih kebangsaan (B Sathianathan) kerana dia mempunyai kualiti mencukupi untuk berada dalam skuad kebangsaan,” kata Mat Zan. Sementara itu, Mat Zan berpuas hati dengan kemenangan 4-1 mengatasi tentera kelmarin yang membolehkan pasukannya kini mempunyai jurang perbezaan empat mata dengan pencabar terdekat, Kuala Muda Naza. Begitupun, Mat Zan tetap mengambil sikap berwaspada kerana pasukan bimbingan K Devan itu mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan dan masih berpeluang untuk memintas. “Sebenarnya kelebihan masih dimiliki Kuala Muda, mereka mampu memintas kami sekiranya kami tercicir mata. Kerana itu saya sentiasa mengingatkan pemain supaya tidak tercicir mata berharga,” kata Mat Zan.
Sumber Berita Harian Online (16.03.2008)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home