Saturday, March 1, 2008

KL Plus kekal terajui liga

Oleh SHAMSHUL FITRI MAJID

KL PLUS menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mencatat kemenangan berharga 2-1 ke atas pencabar utama, Johor Pasir Gudang pada saingan Liga Perdana semalam.
Tiga mata yang diraih di Stadium Majlis Perbandaran Selayang turut membolehkan KL Plus mengekalkan status selaku pendahulu liga dengan 34 mata.
Pemain import KL Plus, Andrin Dario Trinidad muncul wira tuan rumah apabila meledak kedua-dua gol masing-masing pada minit ke-23 dan 63 sementara Othelo Ocampos menghadiahkan gol sagu hati buat Johor pada minit ke-57.

Photobucket
ANDRIN (kanan) menjaringkan dua gol untuk KL Plus menang 2-1 ke atas Johor semalam.
Di Stadium Darul Aman, Kuala Muda Naza berpesta gol apabila membelasah Kelantan 4-2 menerusi jaringan hatrik bekas penyerang kebangsaan, Liew Kit Kong pada minit ke-33, 84 dan 89 dan satu gol daripada
Azralan Azmi menambah satu gol buat tuan rumah pada minit ke-82.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Felda United turut mencatat kemenangan besar apabila membenam cabaran Proton FC 4-0.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, PKNS Selangor sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Kuala Lumpur.
Di Stadium Hang Tuah, Julius Abegar dan Kofi Estiba masing-masing menjaringkan satu gol untuk Melaka menang 2-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Di Stadium Darul Makmur, Shahzan Muda meraih kemenangan ketiga musim ini selepas menewaskan Harimau Muda 2-1.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home