Saturday, March 1, 2008

KL Plus mula jarakkan diri

Photobucket
HIMPIT: Pemain Johor PG, Mohd Fauzi Kasim (kiri) mengasak pemain KL Plus, Nazrul Erwan Makmur dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi. KL Plus menang 2-1.

Oleh Asrol Awang, Nazri Abu Bakar dan Bashah Zainol Abidin


Empat mata jadi garis pemisah skuad Mat Zan dengan Johor PG, Kuala MudaPERTEMBUNGAN tumpuan dua pasukan teratas, KL Plus dan Johor Pasir Gudang (Johor PG) jelas menjadi pertarungan buku dengan ruas namun KL Plus nyata lebih bertenaga apabila menang tipis 2-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi. Hanya dibezakan dengan satu mata, KL Plus yang mengumpul 31 mata sebelum perlawanan malam tadi memulakan rentak mencari kemenangan menerusi jaringan Andrian Dario Trinidad pada pada minit ke-23 tetapi dengan kesudahan gembira hampir dirasai mereka, Johor PG pula membalas menerusi Othelo Ocampus menerusi penalti pada minit ke ke-57.
Dario Trinidad menjadi wira pasukannya apabila dia sekali lagi meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-63 seterusnya memberikan kemenangan ke-11 dan terus menerajui Liga Perdana. Di Stadium Darulaman, Kelantan terus dipalit duka selepas menerima kekalahan kedua dalam liga setakat ini apabila tewas 2-4 di tangan Kuala Muda Naza dengan lima gol hadir pada 10 minit terakhir. Gol pertama Kuala Muda diperoleh menerusi tandukan Liew Kit Kong yang menyudahkan tendangan sudut Harizul Izuan Rani pada minit ke-33.


Pada minit ke-80 kesilapan penjaga gol Kelantan yang gagal menangkap kemas cubaan Farderin membolehkan Azralan Azmi menambah gol kedua pasukannya selepas menendang masuk bola muntah Mohd Shahrizan dan penjaga gol pelawat itu dilayang kad merah selepas itu dengan Kit Kong mudah menjaringkan gol keduanya untuk menjadikan kedudukan 3-0. Pada minit ke-86, Kelantan mendapatkan gol pertamanya menerusi Zairul Fitri dan merapatkan kedudukan pada minit ke-88 menerusi Mohd Rizal Fahmi Rosid tetapi Kit Kong terus memusnahkan harapan Kelantan sambil menjaringkan hatrik pada minit ke-89. Di Stadium Darulmakmur, aksi atas padang yang becak memihak kepada Shahzan Muda apabila menang 2-1 mengatasi Harimau Muda. Anthony Josip Milicic beraksi cemerlang dengan menghadiahkan dua gol buat tuan rumah pda minit ke-30 dan 32 sebelum Harimau Muda merapatkan jurang dengan jaringan Yusaini Hafiz Cheesaad.
Di Stadium Hang Tuah, Melaka berjaya mendapatkan kemenangan keempat dalam liga setakat ini apabila mengalahkan Tentera 2-0 menerusi gol penyerang import Julius Abegar pada minit ke-43 sebelum Cofee Estiba mengukuhkan kedudukan enam minit sebelum tamat. Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Felda United meraih kemenangan 4-0 ke atas Proton FC. Mohd Azril Abd Hamid membuka jaringan pada minit ke-10 dengan Mohd Faizal Esahar melebarkan jurang buat tuan rumah pada minit ke-42 sebelum Khairul Izwan dan Norismaidham Ismail menambah dua gol lagi. Saingan PKNS bertemu Kuala Lumpur di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya berakhir dengan kedua-dua pasukan meraih satu mata selepas seri 1-1.


SUMBER BERITA HARIAN ONLINE (01.03.2008)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home