Friday, February 22, 2008

KL Plus lebur rekod tanpa kalah Kelantan

PENDAHULU, KL Plus meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan selepas mencatat kemenangan 2-1 pada saingan bola sepak Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.
KL Plus terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-14 setelah pemain import dari Argentina, Adrian Dario Tranidad menanduk masuk hantaran Alex Abgo.
Kelantan yang terdesak mengekalkan rekod tanpa kalahnya selepas mengharungi sepuluh perlawanan liga akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 setelah Mohd. Saffuan Ibrahim merembat kencang dari luar kotak penalti.
Abgo bagaimanapun memusnahkan impian Kelantan apabila rembatannya dalam kotak penalti pada minit ke-88 menerjah jaring menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd. Shahrizan Ismail.
Di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Selangor PKNS seri 1-1 dengan Johor.
Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Laurent Tumba pada minit ke-24.
Namun, penyerang PKNS, Fatrurazi Rozi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi rembatan kencangnya dari dalam kotak penalti.
Di Stadium Darul Makmur, Shahzan Muda menumpaskan penghuni tercorot liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-2,
Hatrik yang dilakukan R. Kartigesu pada minit ke-18, 25 dan 39 serta satu lagi gol yang dijaringkan P. Suthasan (47) membolehkan Shahzan Muda merakamkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
Gol ATM pula dijaringkan Jonathan Yamoah pada minit ke-22 dan James Moorey (88).
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tuan rumah, Kuala Lumpur menang tipis 1-0 ke atas Felda United.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan Kamarulzaman Mahmud pada minit ketujuh.
Di Stadium Hang Tuah, tuan rumah, Melaka menang 1-0 ke atas Proton FC.
Kofi Estiba menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-49

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home