Saturday, February 16, 2008

KL Plus rampas takhta

KL Plus rampas takhta

Oleh Wan Faizal Ismayatim, Rizar Mohd Nor dan Norman Abdullah
Kuala Muda Naza pula gigit jari kalah 0-1 kepada Kelantan SKUAD KL Plus gah tampil merampas takhta selepas mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Johor Pasir Gudang, 2-1 pada saingan bola sepak Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Nasib nyata tidak menyebelahi Johor PG apabila dikejutkan dengan gol seawal minit keempat hasil jaringan S Sumidran yang pantas mengambil kesempatan di atas kealpaan benteng tuan rumah. Tersentak dengan gol awal itu, tuan rumah mula mengatur serangan pantas dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Otelo Ocampos pada minit ke-33 selepas pemain import dari Paraguay itu dijatuhkan oleh pertahanan pelawat di dalam kotak penalti.

Ketika aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan, Andian Trinidad menjadi pemusnah buat Johor PG selepas menanduk masuk bola sepakan sudut Tercio Machado bagi memastikan KL Plus meraih tiga mata berharga.
Sementara itu, impian Kuala Muda Naza untuk terus kekal di persada liga tidak kesampaian apabila tewas kepada Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV. Ketika permainan berlangsung setengah jam, pemain sayap Zairo Fitri Ishak memecah kebuntuan apabila melakukan rembatan daripada sebelah kanan gawang KM Naza yang menewaskan Azizon Kadir untuk memastikan Kelantan mendahului pada babak pertama.
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE 16.02.2008

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home