Friday, February 22, 2008

KL Plus kukuhkan cengkaman

KUALA LUMPUR – KL Plus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu Liga Perdana selepas membenamkan Kelantan 2-1 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

Kemenangan itu membolehkan KL Plus mengumpul 31 mata untuk kekal di puncak liga buat minggu kedua.

Terima kasih kepada Alex Agbo yang menjaringkan gol kemenangan pada ketika perlawanan berbaki dua minit untuk ditamatkan.

Sebelum itu kedudukan terikat 1-1 apabila Andrian Dario Tranidad (m-14) menjaringkan gol pendahuluan buat KL Plus diikuti gol penyamaan Kelantan menerusi Mohd. Saffuan Ibrahim (m-51).

Hasrat Johor Pasir Gudang (PG) untuk mengekori rapat KL Plus tidak kesampaian apabila diikat 1-1 oleh PKNS pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya.

Walaupun mendahului menerusi Tumba Laurent (m-23), pasukan pelawat gagal mempertahankan kelebihan itu apabila Fathurazi Rozi menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-44.

Keputusan itu membolehkan Johor PG menghuni tangga kedua liga dengan 27 mata sekali gus memintas Kuala Muda Naza yang tidak beraksi semalam menerusi perbezaan jaringan gol sahaja.

Shahzan pula muncul pasukan yang mencatat kemenangan terbesar semalam apabila menewaskan ATM 4-2 di Stadium Darul Makmur.

R. Karthigesan melakukan hatrik pada minit ke-18, 25 dan 39 buat Shahzan manakala satu lagi gol dijaringkan P. Sutharsan (m-47)

Gol-gol ATM pula disumbang menerusi penalti Jonathan Yamoah (m-21) dan gol padang James Mooney (m-83).

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home