Saturday, March 1, 2008

KL Plus gah

Oleh Norman Abdullah, Nazri Abu Bakar, Asrol Awang dan Bashah Zainol Abidin
sukan@hmetro.com.my

DUA gol penyerang, Andrin Dario membantu pendahulu, KL Plus FC kekal menguasai persada Liga Perdana hasil kemenangan 2-1 ke atas pesaing terdekat, Johor Pasir Gudang di Stadium Selayang, semalam. Tuan rumah mendahului pada minit ke-23, berpunca daripada hantaran lintang pemain sayap, Nunes Machado yang mudah disempurnakan Dario untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Shankar Suhapun.Pelawat bagaimanapun menyamakan kedudukan pada m-55 berpunca sepakan penalti apabila pertahanan, Ahmad Khairi Isa menjatuhkan pendahulu senarai penjaring terbanyak, Othelo Ocampos yang kemudiannya bijak menyempurnakan peluang terbaik itu. Namun, Dario menunda hajat pelawat untuk merampas takhta liga milik pasukannya apabila melepaskan rembatan dari dalam kotak penalti untuk gol kemenangan pasukannya pada m-63.
Di Stadium Darulmakmur, dua gol bintang import, Anthony Josip Milicic membantu Shahzan Muda mengatasi Harimau Muda, 2-1.

Beraksi di atas padang becak, Josip meledakkan gol pada m-30 dan m-32 untuk meletakkan tuan rumah mendahului 2-0 babak kedua. Penyerang berbahaya skuad bimbingan K Rajagobal, Yusaini Hafiz merapatkan kedudukan m-64 namun kedudukan kekal hingga tamat perlawanan.Di Stadium Darulaman, hatrik penyerang berpengalaman, Liew Kit Kong menggembirakan penyokong KM Naza apabila menang, 4-2 ke atas Kelantan. Jaringan Kit Kong pada m-33 menyaksikan tuan rumah seakan mencatat kemenangan tipis, namun lima gol pada 10 minit terakhir ternyata mengubah rentak perlawanan.Gol babak kedua bermula dengan jaringan Azralan Azmi pada m-82 sebelum Kit Kong meletakkan Kuala Muda Naza selesa mendahului 3-0. Pelawat membalas menerusi Zairol Fitree (87) dan Mohd Rizal Fahmi (88), namun Kit Kong melengkapkan malam bergaya pasukannya hasil gol m-89. Di Stadium Hang Tuah, Melaka mencatat kemenangan keempat liga setakat ini apabila berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 2-0 menerusi jaringan penyerang import Julius Abegar pada minit ke-43 sebelum Cofee Estiba mengukuhkan kedudukan, enam minit sebelum perlawanan tamat.Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Felda United membelasah Proton FC, 4-0 sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga keenam liga.Mohd Azril Abd Hamid membuka jaringan pada minit ke-10 sebelum Mohd Faizal Esahar melebarkan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-42 sebelum Khairul Izwan dan Norisma idham Ismail menambah dua lagi jaringan. Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, PKNS dipaksa berkongsi mata dengan Kuala Lumpur apabila terikat seri 1-1.

SUMBER METRO ONLINE (01.03.2008)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home