Saturday, April 19, 2008

Saingan Liga Perdana mula tambah rancak

Oleh Mohd Fadzrie Hazis, Mohd Azrone Sarabatin, Nazri Abu Bakar dan Asrol Awang

PEREBUTAN mahkota Liga Perdana kian hangat apabila Kuala Muda Naza mencatat kemenangan tipis tatkala pendahulu KL Plus sekadar seri untuk kedua-dua pasukan berkongsi 54 mata di puncak liga selepas perlawanan malam tadi. Jaringan Njoku Emeka cukup buat KM Naza yang dikendalikan K Devan memungut tiga mata ketika mengetepikan Felda United 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dekat Cheras. KL Plus yang masih mendahului menerusi perbezaan jaringan, sekadar seri 2-2 ketika bertemu PKNS FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
PKNS terlebih dulu mendahului menerusi sepakan Wan Aliff Wan Jasmi yang mudah menolak masuk pada minit ke-22 sebelum KL Plus menyamakan kedudukan menerusi Adrian Trinidad seminit sebelum rehat. Sebaik sepak mula babak kedua, Alex Agbo meletakkan KL Plus di depan hasil serangan pantas, namun kedudukan disamakan tuan rumah pada minit ke-55 apabila Mohd Fathurazi Rozi meledakkan rembatan kencang dari dalam kotak penalti. Pasukan tangga ketiga, Kelantan juga masih berpeluang mengejar kejuaraan apabila kini ketinggalan empat mata di belakang dua pasukan teratas itu, selepas turut mencatat kemenangan 3-1 ke atas Melaka ketika perlawanan berbaki dua dalam Liga Perdana.


Sumber : Berita Harian Online (19.04.2008)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home