Tuesday, April 15, 2008

Saingan KL Plus, Kuala Muda Naza sengit

Photobucket
Tonggak felda United, Fabio Alexandre (kanan) berebut bola dengan pemain KL Plus, Nazrul Erwan Makmur dalam saingan bola sepak Liga Perdana di Stadium Selayang, malam tadi.


KUALA LUMPUR - KL Plus dan Kuala Muda Naza terus bersaing sengit untuk kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas mencatat kemenangan selesa ke atas lawan masing-masing, semalam.
KL Plus mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu liga apabila menang 3-0 ke atas Felda United.
Dalam masa yang sama, pencabar terdekat Kuala Muda Naza yang hanya ketinggalan dua mata turut mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Melaka di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Kemenangan tersebut membolehkan KL Plus terus menguasai liga dengan 53 mata sambil diekori rapat oleh Kuala Muda Naza yang mengumpul 51 mata.
Pada perlawanan di Stadium Selayang semalam, tuan rumah KL Plus langsung tidak tercabar dan tidak memberi ruang kepada Felda United dengan tiga gol hasil jaringan S. Sumindran (m-33), penalti Alex Agbo dan gol Rusydee Shamsuddin pada minit ke-90.
Di Stadium Darulaman, Kedah, Melaka mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Julius Abegar pada minit kelapan.
Namun, Kuala Muda Naza yang bersemangat selepas pasukan Kedah muncul juara Liga Super, bangkit dengan empat gol.
Bekas pemain kebangsaan Rudie Ramli memulakan pesta gol tuan rumah pada minit ke-21, diikuti Liew Kit Kong (m-33) dan dua gol Njoku Emeka (m-56, m-68).
Sementara itu, dengan baki empat perlawanan, pasukan di tangga Kelantan terus memberi tekanan ke atas dua pasukan teratas apabila meraih mata ke-47 apabila menang tipis 1-0 ke atas Shahzan Muda.
Jaringan tunggal perlawanan oleh Mohd. Nizab Ayub pada minit kedua perlawanan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru, memastikan Kelantan mengutip tiga mata berharga.
Dalam perlawanan lain, Proton FC mencatat kemenangan keenam dengan menumpaskan ATM 1-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya hasil jaringan Ashaadi Yusof pada minit ke-42.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, skuad warga kota, Kuala Lumpur sekadar seri 1-1 dengan Harimau Muda
Pasukan tuan rumah di depan menerusi Stanley Bernard pada minit keempat dan Yusaini Hafiz menyamakan kedudukan untuk skuad Harimau Muda lima minit kemudian.


Utusan Online 15.04.2008

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home