Sunday, April 13, 2008

KL Plus kukuh cengkaman

Photobucket

PEMAIN KL Plus, Mohd. Lot Abu Hassan (kanan) diberi tentangan pemain Melaka, Rahim Bakar pada saingan Liga Perdana di Stadium Hang Tuah semalam.

PASUKAN KL Plus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana selepas mengutip tiga mata penuh pada aksi di Stadium Hang Tuah semalam.
Kejayaan itu hadir menerusi kemenangan 2-0 ke atas pasukan tuan rumah, Melaka.
Dua gol pasukan pelawat masing-masing hadir menerusi penyerang import, Andrian Trinidad pada minit ke-78 dan Alex Agbo pada masa tambahan.
Skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu kini mengungguli takhta liga dengan mengumpul 50 mata daripada 20 perlawanan liga musim ini.
Di Stadium Darul Makmur, Kuala Muda Naza meraih kemenangan berharga 3-2 ke atas Shahzan Muda untuk terus memberi tekanan kepada KL Plus selaku pendahulu liga.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Felda United menggunakan kelebihan selaku tuan rumah untuk membenam cabaran PKNS Selangor menerusi kemenangan 2-0.
Sabah pula tewas mengejut 1-2 kepada Kelantan di Stadium Likas sementara ATM menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Lumut.
Di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad Harimau Muda mencatat kekalahan ke-11 musim ini selepas tewas 2-3 kepada Johor.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home