Tuesday, April 29, 2008

KM Naza, KL PLUS tentukan juara Sabtu

Image Hosting by Picoodle.com
Pasukan PLUS FC

Image Hosting by Picoodle.com
Pasukan NAZA FC


KUALA LUMPUR - Kuala Muda Naza dan KL PLUS layak ke saingan Liga Super musim depan setelah mengesahkan kedudukan dua tempat teratas Liga Perdana apabila menumpaskan lawan masing-masing, semalam.

Kuala Muda kekal di tangga teratas liga dengan 58 mata, satu mata mengatasi KL PLUS selepas menewaskan Johor PG 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Pada perlawanan tersebut, Kuala Muda di depan seawal minit ke-10 menerusi jaringan bekas pemain kebangsaan Rudie Ramli, disusuli gol Ngoku Emeka minit ke-56.

KL PLUS pula terus mencabar Kuala Muda dalam perebutan kejuaraan liga selepas menang 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, untuk kekal di tangga kedua dengan 57 mata.

Kuala Lumpur bagaimanapun mengejutkan pasukan pelawat, KL PLUS menerusi jaringan Azidan Saruddin minit ketujuh.

Namun, pelawat bangkit mengikat kedudukan menerusi gol Alex Agbo minit ke-34.

Nazrul Erwan Makmur muncul wira skuad KL PLUS dengan jaringan kemenangan pada minit ke-65.

Ini bermakna kedudukan Kuala Muda dan KL PLUS di tangga kedua teratas, iaitu slot untuk layak beraksi dalam Liga Super musim depan tidak lagi mampu dicabar oleh Kelantan.

Kelantan yang tidak beraksi semalam kekal di tangga ketiga dengan 53 mata.

Ini bermakna penentuan juara Liga Perdana musim ini bakal ditentukan Sabtu ini apabila Kuala Muda dan KL PLUS membuat perhitungan terakhir pada perlawanan terakhir liga musim ini.

Sumber Utusan Online 29.04.2008

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home