Monday, April 28, 2008

KL Plus penuh debar

Oleh WAN FAKHRUL BAKARfakhrul@kosmo.com.my

Image Hosting by Picoodle.com
NAZRUL (kiri) akan mengetuai benteng pertahanan KL Plus malam ini.

“MAHU menang perlawanan terakhir Liga Perdana.”
Itu jugalah yang diharapkan kapten KL Plus FC, Nazrul Erwan Makmur yang mahu segala debaran dapat diselesaikan malam ini tanpa menunggu perlawanan terakhir Liga Perdana menentang Kuala Muda Naza Sabtu ini.
“Kami wajib menang dengan Kuala Lumpur esok (malam ini). Walaupun secara peribadi saya yakin kami mampu melakukan, tapi kita tak boleh pandang rendah dan tetap kena berhati-hati.
“Kuala Lumpur pun nak menang untuk elak tangga tercorot liga. Jadi kami akan menampilkan aksi terbaik untuk memastikan tiga mata penuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Saingan Liga Perdana kini diterajui Kuala Muda Naza dengan 55 mata diikuti KL Plus FC (54) dan Kelantan (53).
Hanya dua pasukan terbaik secara automatik layak beraksi ke saingan Liga Super 2008/09.
Menurut Nazrul, 28, jika menang malam ini, KL Plus FC akan mengumpul 57 mata, sekali gus menyaksikan kedudukan pasukannya di tempat kedua terjamin.
“Ini kerana Kelantan hanya akan mengutip 56 mata maksimum sekiranya menewaskan PKNS Selangor dalam satu lagi perlawanan.
Nazrul berharap, dua penyerang import, Alex Agbo dan Adrian Dario Trinidad dapat melaksanakan tugas menggegar gawang Kuala Lumpur sebaik mungkin.
Nazrul yang bergandingan dengan bekas pemain Pahang, Hairul Nizam Hanif sebagai pertahanan tengah juga berjanji akan mengawal kubu KL Plus daripada dibolosi.
Ketika ditanya pasukan manakah yang akan diwakilinya dalam saingan Piala Malaysia bermula Jun depan, Nazrul tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Selangor.
“Setakat ini ada dua pasukan negeri buat tawaran untuk pinjam saya dalam Piala Malaysia. Nantilah, belum ada kata putus,” jelasnya.

Sumber KOSMO Online 28.04.2008

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home