Wednesday, April 30, 2008

~Iklan~

Image Hosting by Picoodle.com

Tuesday, April 29, 2008

Sabtu, 3hb Mei 2008

Sabtu penentu juara Liga Perdana

Image Hosting by Picoodle.com
AKSI antara KL Plus menentang Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam.

DUA pasukan berstatus kelab, Kuala Muda Naza (KM Naza) dan KL Plus FC terus bersaing bari merebut gelaran Liga Perdana musim ini.
Ketika KM Naza semakin hampir bergelar juara, KL Plus terus mengekori rapat apabila kedua-dua pasukan masih lagi dipisahkan satu mata.
Perlawanan penutup tirai Liga Perdana Sabtu ini bakal menentukan pasukan manakah yang berhak menggapai gelaran sementara Kelantan yang berada di tangga ketiga terkeluar daripada saingan untuk merebut takhta liga.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, KL Plus menewaskan Kuala Lumpur 2-1.
Gol KL Plus dijaringkan oleh Alex Agbo pada minit ke-34 dan Nazrul Erwan Makmur (65) sementara gol Kuala Lumpur disumbangkan Azidan Saruddin (7).
Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Muda menutup saingan Liga Perdana dengan kekalahan 2-4 kepada Melaka.
Gol Melaka dijaringkan Kofi Estiba pada minit ke-58, Ahmad Kamil Abd Ghani(63), Ahmad Fauzi Ibrahim (88) dan Julius Abegar (90).
Manakala gol Harimau Muda disumbangkan oleh Yusaini Hafiz pada minit ke-12) dan Wan Zaid Haikal (18).
Di Stadium Likas, dua jaringan Josip Milicic membolehkan Shahzan Muda menewaskan Sabah 2-1.
Gol saguhati tuan rumah dijaringkan Dragic Dalibor pada minit ke-63.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Proton FC menewaskan PKNS Selangor 2-0.
Gol Proton FC dijaringkan Charles Gaye Wright pada minit ke-14 dan Yazli Yahya (45).
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, penghuni tercorot liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seri 3-3 dengan Felda United.
Gol ATM dijaringkan Zoolihsan Yunus pada minit ke-26 dan 66) dan Mofry Balang (86) sementara gol Felda United dijaringkan oleh Fabio Alexander Desar (34) dan Khairul Izwan Khalid (38 dan 58).

Sumber Kosmo! Online (29.04.2008)

KM Naza, KL Plus sertai Liga Super

Oleh Azrone Sarabatin, Rizar Mohd Nor dan Norman Abdullah
Image Hosting by Picoodle.com
KAWAL: Pemain KL Plus Mohd Lot Abu Hassan (kanan) cuba disekat pemain Kuala Lumpur dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA Muda Naza dan KL Plus mengesahkan tempat ke Liga Super musim depan selepas mencatatkan kemenangan pada aksi Liga Perdana malam tadi dengan kedua-dua pasukan bakal menentukan kejuaraan pada perlawanan terakhir Sabtu ini.
Di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, pendahulu, Kuala Muda menewaskan Johor Pasir Gudang (PG) 2-0 untuk mengumpulkan 58 mata manakala KL Plus menundukkan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, untuk berada satu mata di belakang. Pelawat memulakan perlawanan dengan baik, apabila bekas penyerang Perlis, Rudie Ramli meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Johor PG sebelum melepaskan rembatan kencang dalam kawasan penalti yang menewaskan penjaga gol, S Shanker untuk membolehkan pasukannya mendahului pada minit ke-10.
Tuan rumah kemudian mula mengatur gerakan lebih tersusun ke kawasan Kuala Muda, namun gandingan dua penyerang import, Otelo Ocampos dan Osvaldo Moreno gagal menemui tindakan penyudah memburu gol penyamaan pada babak pertama. Kuala Muda mengukuhkan kedudukan apabila penyerang import, Njoko Emeka menyambut baik umpanan Anuar Jusoh sebelum merembat masuk gol kedua perlawanan pada minit ke-57.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, KL Plus bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kuala Lumpur dengan kapten pasukan, Nazrulerwan Makmor muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan yang membawa pasukannya ke Liga Super musim depan.
Kuala Lumpur yang amat memerlukan tiga mata berharga bagi mengekalkan kedudukan dalam Liga Perdana memulakan perlawanan dengan baik, apabila terus melancarkan serangan ke kubu KL Plus sebaik perlawanan dimulakan dan mendahului menerusi gol kapten, Azidan Saruddin seawal minit ketujuh. Tersentak dengan jaringan awal itu, KL Plus mula meningkat permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Alex Agbo (m-34), sebelum Nazrulerwan menanduk masuk sepakan sudut Lot Abu Hassan pada minit ke-54 yang mengesahkan kemenangan pasukannya.
Di Stadium Likas, dua gol jaringan Anthony Milicic pada minit ke-5 dan 42 membolehkan Shahzan Muda menewaskan Sabah 2-1 manakala tuan rumah memperoleh gol sagu hati menerusi Dragic Dalobor (m-63). Dalam perlawanan lain, Harimau Muda tumbang 2-4 kepada Melaka, Tentera seri 3-3 kepada Felda United dan Proton FC menewaskan PKNS Selangor 2-0.

Sumber : Berita Harian Online (29.04.2008)


KM Naza, KL PLUS tentukan juara Sabtu

Image Hosting by Picoodle.com
Pasukan PLUS FC

Image Hosting by Picoodle.com
Pasukan NAZA FC


KUALA LUMPUR - Kuala Muda Naza dan KL PLUS layak ke saingan Liga Super musim depan setelah mengesahkan kedudukan dua tempat teratas Liga Perdana apabila menumpaskan lawan masing-masing, semalam.

Kuala Muda kekal di tangga teratas liga dengan 58 mata, satu mata mengatasi KL PLUS selepas menewaskan Johor PG 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Pada perlawanan tersebut, Kuala Muda di depan seawal minit ke-10 menerusi jaringan bekas pemain kebangsaan Rudie Ramli, disusuli gol Ngoku Emeka minit ke-56.

KL PLUS pula terus mencabar Kuala Muda dalam perebutan kejuaraan liga selepas menang 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, untuk kekal di tangga kedua dengan 57 mata.

Kuala Lumpur bagaimanapun mengejutkan pasukan pelawat, KL PLUS menerusi jaringan Azidan Saruddin minit ketujuh.

Namun, pelawat bangkit mengikat kedudukan menerusi gol Alex Agbo minit ke-34.

Nazrul Erwan Makmur muncul wira skuad KL PLUS dengan jaringan kemenangan pada minit ke-65.

Ini bermakna kedudukan Kuala Muda dan KL PLUS di tangga kedua teratas, iaitu slot untuk layak beraksi dalam Liga Super musim depan tidak lagi mampu dicabar oleh Kelantan.

Kelantan yang tidak beraksi semalam kekal di tangga ketiga dengan 53 mata.

Ini bermakna penentuan juara Liga Perdana musim ini bakal ditentukan Sabtu ini apabila Kuala Muda dan KL PLUS membuat perhitungan terakhir pada perlawanan terakhir liga musim ini.

Sumber Utusan Online 29.04.2008

Monday, April 28, 2008

Image Hosting by Picoodle.com

KL Plus penuh debar

Oleh WAN FAKHRUL BAKARfakhrul@kosmo.com.my

Image Hosting by Picoodle.com
NAZRUL (kiri) akan mengetuai benteng pertahanan KL Plus malam ini.

“MAHU menang perlawanan terakhir Liga Perdana.”
Itu jugalah yang diharapkan kapten KL Plus FC, Nazrul Erwan Makmur yang mahu segala debaran dapat diselesaikan malam ini tanpa menunggu perlawanan terakhir Liga Perdana menentang Kuala Muda Naza Sabtu ini.
“Kami wajib menang dengan Kuala Lumpur esok (malam ini). Walaupun secara peribadi saya yakin kami mampu melakukan, tapi kita tak boleh pandang rendah dan tetap kena berhati-hati.
“Kuala Lumpur pun nak menang untuk elak tangga tercorot liga. Jadi kami akan menampilkan aksi terbaik untuk memastikan tiga mata penuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Saingan Liga Perdana kini diterajui Kuala Muda Naza dengan 55 mata diikuti KL Plus FC (54) dan Kelantan (53).
Hanya dua pasukan terbaik secara automatik layak beraksi ke saingan Liga Super 2008/09.
Menurut Nazrul, 28, jika menang malam ini, KL Plus FC akan mengumpul 57 mata, sekali gus menyaksikan kedudukan pasukannya di tempat kedua terjamin.
“Ini kerana Kelantan hanya akan mengutip 56 mata maksimum sekiranya menewaskan PKNS Selangor dalam satu lagi perlawanan.
Nazrul berharap, dua penyerang import, Alex Agbo dan Adrian Dario Trinidad dapat melaksanakan tugas menggegar gawang Kuala Lumpur sebaik mungkin.
Nazrul yang bergandingan dengan bekas pemain Pahang, Hairul Nizam Hanif sebagai pertahanan tengah juga berjanji akan mengawal kubu KL Plus daripada dibolosi.
Ketika ditanya pasukan manakah yang akan diwakilinya dalam saingan Piala Malaysia bermula Jun depan, Nazrul tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Selangor.
“Setakat ini ada dua pasukan negeri buat tawaran untuk pinjam saya dalam Piala Malaysia. Nantilah, belum ada kata putus,” jelasnya.

Sumber KOSMO Online 28.04.2008

Wednesday, April 23, 2008

BERI SEMANGAT KEPADA PEMAIN-PEMAIN KITA!

Saingan TM Liga Premier hanya tinggal 2 perlawanan lagi dan sedang memasuki fasa yang kritikal. Sokongan anda semua amat diperlukan oleh pemain-pemain kita. Klik pada ’Mesej Untuk Pemain’ untuk menyampaikan pesanan dan menaikkan semangat pemain-pemain PLUS FC. Dengan sokongan moral anda, tidak mustahil impian bergelar Juara Liga Premier dan layak ke Liga Super musim hadapan akan tercapai!

MESEJ UNTUK PEMAIN

Monday, April 21, 2008

Buletin Sukan ( PLUS FC) Edisi 21 April

Saturday, April 19, 2008

KM NAZA sempitkan laluan KL PLUS

Photobucket
Pemain KL PLUS, Andrian Dario Trinidad (kiri) dijatuhkan permain PKNS, Syed Md. Ghafar Syed Amir pada perlawanan Liga Perdana di Stadium MBPJ semalam.– GAMBAR ZAINI HUSIN


KUALA LUMPUR – KL PLUS kini ibarat telur di hujung tanduk walaupun masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana untuk seminggu lagi hasil keputusan seri 2-2 dengan PKNS di Stadium Petaling Jaya, semalam.
Dua jaringan menerusi Andrian Trinidad (m-44) dan Alex Agbo (m-46) hampir menghidupkan sisa-sisa perjuangan KL PLUS sebelum kelebihan itu dinafikan PKNS menerusi gol Wan Alif Wan Jasmi (m-21) dan Fatrurazi Roni (m-55).
Hakikatnya keputusan itu membolehkan pencabar terdekat mereka, Kuala Muda NAZA bukan sahaja berjaya menyamai kedudukan 54 mata sama malah memiliki kelebihan kurang satu perlawanan.
Semalam, Kuala Muda NAZA menang 1-0 ke atas Felda United di Stadium KLFA Cheras hasil jaringan tunggal Njoku Emeka (m-2) tetapi masih berada di tangga kedua selepas hanya dipisahkan dengan perbezaan gol sahaja.
Dengan perlawanan pada Jumaat depan, KL PLUS tidak akan turun beraksi, ini bermakna Kuala Muda NAZA bila-bila masa sahaja boleh merampas kedudukan pendahulu jika berjaya menewaskan PKNS di tempat sendiri iaitu di Stadium Langkawi.
Apa yang pasti pasukan dari ibu kota itu hanya menunggu masa untuk dipintas Kuala Muda NAZA minggu depan yang mungkin menjadi titik tolak kepada penentuan kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Dengan tinggal tiga lagi baki perlawanan, kemungkinan juga kejuaraan Liga Perdana ini bakal ditentukan pada perlawanan terakhir musim apabila kedua-dua pasukan dijadual bertemu sesama sendiri pada 3 Mei nanti di Stadium KLFA, Cheras.
Kelantan pula mungkin boleh mengambil kesempatan daripada persaingan itu selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Melaka di Stadium Hang Tuah.
Kelantan kini mengumpul 50 mata daripada 22 perlawanan tetapi perlu mengharapkan nasib untuk bergelar juara liga.


Sumber Utusan Online (19.04.2008)

Saingan Liga Perdana mula tambah rancak

Oleh Mohd Fadzrie Hazis, Mohd Azrone Sarabatin, Nazri Abu Bakar dan Asrol Awang

PEREBUTAN mahkota Liga Perdana kian hangat apabila Kuala Muda Naza mencatat kemenangan tipis tatkala pendahulu KL Plus sekadar seri untuk kedua-dua pasukan berkongsi 54 mata di puncak liga selepas perlawanan malam tadi. Jaringan Njoku Emeka cukup buat KM Naza yang dikendalikan K Devan memungut tiga mata ketika mengetepikan Felda United 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dekat Cheras. KL Plus yang masih mendahului menerusi perbezaan jaringan, sekadar seri 2-2 ketika bertemu PKNS FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
PKNS terlebih dulu mendahului menerusi sepakan Wan Aliff Wan Jasmi yang mudah menolak masuk pada minit ke-22 sebelum KL Plus menyamakan kedudukan menerusi Adrian Trinidad seminit sebelum rehat. Sebaik sepak mula babak kedua, Alex Agbo meletakkan KL Plus di depan hasil serangan pantas, namun kedudukan disamakan tuan rumah pada minit ke-55 apabila Mohd Fathurazi Rozi meledakkan rembatan kencang dari dalam kotak penalti. Pasukan tangga ketiga, Kelantan juga masih berpeluang mengejar kejuaraan apabila kini ketinggalan empat mata di belakang dua pasukan teratas itu, selepas turut mencatat kemenangan 3-1 ke atas Melaka ketika perlawanan berbaki dua dalam Liga Perdana.


Sumber : Berita Harian Online (19.04.2008)

Friday, April 18, 2008

Buletin PLUS (edisi 208)

Image Hosting by Picoodle.com

The TEAM



Berdiri Kiri: Amini Ahmad Tabarani, Alex Agbo, Nazrul Erwan Makmor, Adrian Dario Trinidad, Kamarul Afiq Kamarudin, Hairul Nizam Haniff
Duduk Kiri: Sumindran, Mohd Lot Abu Hassan, Khairan Ezwan Razali, Mohd Raimi Md Nor, G. Saravanakumar

PLUS vs PKNS at MBPJ tonight!

Biografi



Wednesday, April 16, 2008

Premier League : Plus points for the Highwaymen

Photobucket



Adrian Dario Trinidad came in February but already scored 8 goals for KL Plus FC.

IF there are no major breakdowns and no tolls to negotiate, KL Plus’ journey to the destination will be completed on cruise control by May 2.

The Highwaymen swayed around hairpin turns on a road strewn with boulders throughout the season. Now the end is near. The path is clear.

They have reached the homestraight.

Plus lead the Premier League by two points but they cannot afford to take their foot off the accelerator, knowing full well nearest rival, Kuala Muda Naza are two points adrift but with a match in hand.

On Friday, coach Mat Zan Mat Aris and his men travel to Petaling Jaya for the rendezvous with PKNS.

Two weeks later they meet Kuala Lumpur before they entertain Kuala Muda Naza, of all teams, at Selayang Stadium on May 2.

The tie could well determine the destiny of the championship. Plus lead the table on 53 points, followed by Kuala Muda Naza at 51 and Kelantan at 47 points.

So the harrowing part of the journey is far from over.

“We can’t run away from the challenge. It’s the final lap and we have to remain focused. Physically and mentally we have to be up to the task,” said Mat Zan.

The former Kuala Lumpur and Malaysian international has crafted a team modelled after his philosophy.

His team may lack the big-names but they are big in heart and effort, very much in Mat Zan’s mould for he was known to be a tireless worker and respected for his work ethics during his playing days.

“In a team that has no stars, everybody plays for each other. This has been my philosophy from Day 1,” said Mat Zan.

Working within an estimated budget of RM3 million, Mat Zan’s emphasis has always been on consistency and endurance.

With an average age of 23.5 years, Mat Zan began to work the kinks out of the team early in the season.

“The target set by the management early in the season was for the team to earn promotion to the top flight. We are almost there.”

Central to Mat Zan’s plans are defenders Nazrul Erwan Makmor and Hairul Nizam Haniff, with midfielder Reeshafiq Alwi providing stability in the middle of the park.

The trio were tasked to shift down a gear if needed, or increase speed as and when required.

S. Sumindran was brought from City Hall and has been Plus’ crucial component behind their emergence.

Argentine Adrian Dario Trinidad came in February to complete the three-man foreign quota – Alex Agbo and Tercio Nunes were the two original ones and they wasted no time to launch a three-pronged assault with Nunes tasked to supply the killer ball.

Nunes however may miss the PKNS encounter on Friday after undergoing appendectomy.

Mat Zan paid tribute to the Plus management for their constant moral encouragement, which in turn has yielded the desired result.

“Once the welfare of the players is well-taken care of, Plus players have little to worry but to deliver the three points on a weekly basis.”

Mat Zan has never felt the thrill of lifting a league title. And he is waiting to end the wait.

“The nearest I came to lifting the title was in 2001 when we finished second,” said Mat Zan.

Other than that, the showcase remains threadbare.

He guided Terengganu to the Malaysia Cup title in 2001 and the FA Cup with Kuala Lumpur in 1999 but the league, definitely, will give him a different sensation.

Resource from www.FAM.org.MY

Tuesday, April 15, 2008

:)

Photobucket

Photobucket

KM Naza kian hampiri KL Plus

Oleh Wan Faizal Ismayatim, Bashah Zainol Abidin, Norman Abdullah dan Rizar Mohd Noor

PENDAHULU Liga Perdana, KL Plus kekal pada landasan untuk meraih tiket ke Liga Super musim depan apabila meraih kemenangan 3-0 ke atas Felda United tetapi kelebihan sebagai peneraju kini dibezakan dengan dua mata selepas Kuala Muda Naza turut mencatat kemenangan malam tadi. KL Plus kini mengutip 53 mata menerusi 21 perlawanan manakala Kuala Muda Naza yang menundukkan Melaka 4-1 mengumpulkan 51 dengan bermain kurang satu perlawanan, sekali gus mempunyai kelebihan untuk muncul juara Liga Perdana musim ini. S Sumindram membuka jaringan buat KL Plus di Stadium Bola Sepak Majlis Perbandaran Selayang menerusi sepakan lencong dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, Rozaimie Rohim minit ke-33.
Selang tujuh minit kemudian, KL Plus mengukuhkan kedudukan apabila Alex Agbo yang dijatuhkan dalam kawasan bahaya oleh Mohd Zaifur Borhan, bangun untuk mengambil sepakan penalti menewaskan Rozaimie. Rusydee Samsuddin kemudian menjadikan keputusan mutlak 3-0 apabila menolak masuk pada masa kecederaan.
Di Stadium Darulaman, Alor Star, Kuala Muda Naza pula menerima kejutan awal apabila Julius Abegar membuka jaringan buat pelawat apabila mudah menolak lintangan dari sebelah kanan Kofi Estiba apabila pertahanan tuan rumah membiarkan gerakan itu kerana menyangkakan Estiba dalam keadaan ofsaid tetapi pengadil tidak bersetuju dengan penjaga garisan yang mengangkat bendera. Rudie Ramli yang membuat penampilan pertamanya bersama Kuala Muda Naza selepas perpindahannya dari Perlis kemudian menyamakan kedudukan menerusi umpanan cantik Liew Kit Kong pada minit ke-20.

Kit Kong kemudiannya meletakkan diri dalam senarai penjaring pada minit ke-32 apabila meledakkan rembatan cantik dari jarak 20 meter yang menewaskan penjaga gol, Mohd Jibrail Kamaron sebelum Njoku Emeka melebarkan keputusan kepada 4-1 menerusi dua jaringannya pada minit ke-55 dan 67.
Di Stadium Sultan Mohd ke-IV, Kelantan terus mengejar di tempat ketiga selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Shahzan Muda . Mohd Nizad Ayub membuka jaringan seawal minit kedua apabila merembat dari jarak dekat bola yang terbias ke arahnya hasil percubaan Mohd Badri Radzi yang terkena pertahanan lawan.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Proton FC yang menentang Tentera meraih gol tunggal menerusi Ashaadi Yusof pada minit ke-42.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Kuala Lumpur terikat 1-1 dengan Harimau Muda. Stanley Bernard membuka jaringan untuk Kuala Lumpur seawal minit keempat sebelum dibalas gol penyamaan oleh Yusaini Hafiz, lima minit selepas itu.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, dalam perlawanan yang ditangguhkan hampir dua jam akibat masalah lampu limpah, Johor Pasir Gudang tewas 1-2 kepada Sabah. Oswaldo Moreno membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-24 manakala dua gol pelawat diledakkan Bobby Gonzalez pada minit ke-50 dan 58.


Sumber: Berita Harian Online (15.04.2008)

Saingan KL Plus, Kuala Muda Naza sengit

Photobucket
Tonggak felda United, Fabio Alexandre (kanan) berebut bola dengan pemain KL Plus, Nazrul Erwan Makmur dalam saingan bola sepak Liga Perdana di Stadium Selayang, malam tadi.


KUALA LUMPUR - KL Plus dan Kuala Muda Naza terus bersaing sengit untuk kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas mencatat kemenangan selesa ke atas lawan masing-masing, semalam.
KL Plus mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu liga apabila menang 3-0 ke atas Felda United.
Dalam masa yang sama, pencabar terdekat Kuala Muda Naza yang hanya ketinggalan dua mata turut mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Melaka di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Kemenangan tersebut membolehkan KL Plus terus menguasai liga dengan 53 mata sambil diekori rapat oleh Kuala Muda Naza yang mengumpul 51 mata.
Pada perlawanan di Stadium Selayang semalam, tuan rumah KL Plus langsung tidak tercabar dan tidak memberi ruang kepada Felda United dengan tiga gol hasil jaringan S. Sumindran (m-33), penalti Alex Agbo dan gol Rusydee Shamsuddin pada minit ke-90.
Di Stadium Darulaman, Kedah, Melaka mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Julius Abegar pada minit kelapan.
Namun, Kuala Muda Naza yang bersemangat selepas pasukan Kedah muncul juara Liga Super, bangkit dengan empat gol.
Bekas pemain kebangsaan Rudie Ramli memulakan pesta gol tuan rumah pada minit ke-21, diikuti Liew Kit Kong (m-33) dan dua gol Njoku Emeka (m-56, m-68).
Sementara itu, dengan baki empat perlawanan, pasukan di tangga Kelantan terus memberi tekanan ke atas dua pasukan teratas apabila meraih mata ke-47 apabila menang tipis 1-0 ke atas Shahzan Muda.
Jaringan tunggal perlawanan oleh Mohd. Nizab Ayub pada minit kedua perlawanan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru, memastikan Kelantan mengutip tiga mata berharga.
Dalam perlawanan lain, Proton FC mencatat kemenangan keenam dengan menumpaskan ATM 1-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya hasil jaringan Ashaadi Yusof pada minit ke-42.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, skuad warga kota, Kuala Lumpur sekadar seri 1-1 dengan Harimau Muda
Pasukan tuan rumah di depan menerusi Stanley Bernard pada minit keempat dan Yusaini Hafiz menyamakan kedudukan untuk skuad Harimau Muda lima minit kemudian.


Utusan Online 15.04.2008

Sunday, April 13, 2008

KL Plus kukuh cengkaman

Photobucket

PEMAIN KL Plus, Mohd. Lot Abu Hassan (kanan) diberi tentangan pemain Melaka, Rahim Bakar pada saingan Liga Perdana di Stadium Hang Tuah semalam.

PASUKAN KL Plus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana selepas mengutip tiga mata penuh pada aksi di Stadium Hang Tuah semalam.
Kejayaan itu hadir menerusi kemenangan 2-0 ke atas pasukan tuan rumah, Melaka.
Dua gol pasukan pelawat masing-masing hadir menerusi penyerang import, Andrian Trinidad pada minit ke-78 dan Alex Agbo pada masa tambahan.
Skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu kini mengungguli takhta liga dengan mengumpul 50 mata daripada 20 perlawanan liga musim ini.
Di Stadium Darul Makmur, Kuala Muda Naza meraih kemenangan berharga 3-2 ke atas Shahzan Muda untuk terus memberi tekanan kepada KL Plus selaku pendahulu liga.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Felda United menggunakan kelebihan selaku tuan rumah untuk membenam cabaran PKNS Selangor menerusi kemenangan 2-0.
Sabah pula tewas mengejut 1-2 kepada Kelantan di Stadium Likas sementara ATM menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Lumut.
Di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad Harimau Muda mencatat kekalahan ke-11 musim ini selepas tewas 2-3 kepada Johor.

Tuesday, April 8, 2008

Happy Birthday Ramesh Lai..

Photobucket

Monday, April 7, 2008

Photobucket

Sunday, April 6, 2008

jumaat ini.

Photobucket

Friday, April 4, 2008

it's RAIMI's Birthday

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Mohd Raimi Mohd Nor
pada hari ini 04.04.2008 genapla usianya ke 22 tahun..
budak plus fc.blogspot mengucapkan tahniah dan semoga panjang umur & dimurahkan rezeki
semoga berjaya!

Photobucket

Thursday, April 3, 2008

Perlawanan PLUS menentang Shazzan Muda

Photobucket